Thursday, September 30, 2010

jom KAYAK,,


Apa itu kayak ? Apa itu canoe ? 

Canoe (sebut kenu) asalnya dari Kepulauan Caribbean. Orang asli Caribbean yang mencipta canoe. Mereka memotong pokok besar. Kemudian mereka mengorek keluar isi pokok dan tinggallah seperti perahu kecil. Ini mereka panggil canoe. 

Kayak pula ciptaan orang Eskimo. Tulang ikan paus atau batang-batang pokok yang kukuh dibentuk macam perahu. Kemudian mereka salut dengan kulit binatang yang kalis air. Cuma disana sejuk, jadi mereka tutup keseluruhan 'perahu' mereka tadi. Cuma ada lubang untuk pendayung masuk sahaja. 

Hari ni ada macam-macam jenis kayak. Dibuat dari kayu, plastic, fiber dan juga kulit binatang. Harganya ada yang semahal sebuah kereta import ! Kegunaannya juga pelbagai. Dari untuk tujuan bersukan, beriadhah juga ada yang masih menggunakannya sebagai alat pengangkutan. 

Ada kayak slalom, kayak untuk white water, kayak rodeo, kayak sprint, kayak marathon, sea kayak, kayak polo dan kayak tongkang. 

Paddle. Dayung dalam bahasa kita. Untuk kayak, dayungnya ialah dua daun. Maknanya ada daun di kiri dan kanan batang dayung tersebut. Paddle untuk canoe cuma sebelah sahaja daunnya. Paddle tidak ringan. Tidaklah terlalu berat tapi bagi yang tidak biasa, lenguh juga nak memegangnya. 

 Cara capsize, cara naik semula ke kayak, cara buang air dari dalam kayak dan banyak lagi yang perlu diketahui oleh seorang canoeist. (Juga cara buang air ketika berkayak) 

Sebelum Masuk Air 
Kenalah buat 'water confidence' dulu. Agar tidak panik jika kayak terbalik.
Water confidence amat penting sebelum aktiviti di air. Bila anda telah boleh mengapungkan diri dan tidak panik lagi berada di dalam air, bolehlah berkayak. 

Pakaian. Jika boleh pakai pakaian yang tidak memberatkan anda bila terkena air. Spandex ker. Pakai tights pun okay juga. Jangan pakai kasut sukan. Berat, bebs. Ada kasut yang khas untuk kegunaan aktiviti sukan air. Kalau ada duit, boleh beli. Jika tiada, sports sandal pun okay. 

Dah pandai dari segi teori, jom masuk air ! Kayak akan diturunkan ke'dock'. Naik hati-hati. Orang duduk belakang dulu naik dan kawan pegangkan kayak. Lepas tu orang depan pula. Reverse dulu dan mula berdayung. Dah pandai, seronok. Boleh berkayuh keseluruh tasik.  


No comments:

Post a Comment